![]() |
![]() |
![]() |
skksab.zoom-a.com |
![]() |
![]() |
SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 81560 GELANG PATAH, JOHOR Tel : +607-5130016, Faks : +607-5130014 e-mel : skksab@zoom-a.com, skksab@yahoo.com.my |
|||
MAJLIS PERSARAAN GPK PENTADBIRAN PUAN HAJAH KHADIJAH BINTI ABDUL TARIKH: 22 MEI 2009 (JUMAAT) TEMPAT: SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR MASA: 10.30 PAGI Majlis Persaraan Puan Hajah Khadijah Bt. Abdul telah diadakan di SK Kompleks Sultan Abu Bakar pada 22 Mei 2009 (Jumaat) jam 10.30 pagi. Majlis ini terlebih dahulu dimulakan denga bacaan Yasin dan Tahlil ringkas pada sebelah pagi jam 7.45 yang dibawa oleh Cikgu Muhamad Zuraimy dan Cikgu Ahmad Nizam. Kemudian diikuti dengan bacaan doa oleh Cikgu Muhamad Zuraimy beserta pemberian cendera mata daripada Panitia-panitia, guru-guru secara peribadi dan murid-murid. Kemudian Puan Khadijah dipelawa ke pejabat untuk proses tandatangan penyerahan tugas kepada bakal GPK Pentadbiran yang baru iaitu En. Rohaizat Bin Abd. Gani. Ia disaksikan oleh Guru Besar dah GPK HEM. Para tetamu jemputan telah tiba seawal pukul 10 pagi di mana Timbalan YDP PIBG telah terlebih dahulu sampai di perkarangan sekolah. Diikuti dengan beberapa Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan wakil sekolah dari kawasan sekitar hadir untuk majlis ini. Juga hadir ialah Pengerusi 4P. Wakil Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru (PPDJB) iaitu En. Amir Bin Yunus telah hadir dalam pukul 10.45 pagi. Upacara Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Guru Besar, Timbalan YDP PIBG, Wakil PPD dah Puan Hajah Khadijah sendiri. Diikuti dengan persembahan Zapin dan Dikir Barat daripada murid-murid SKKSAB. Selepas itu, upacara memotong pulut kuning sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan yang dirai dan penyerahan cendera hati daripada semua pihak termasuk kepada wakil PPDJB. Majlis diteruskan dengan makan yang disediakan oleh Adarasa House, Restoran Tanjung Nelayan, Pendas, Gelang Patah. Hadirin amat gembira dengan hidangan dan sajian yang ada. Dalam masa yang saya, Puan Hajah Khadijah memotong kek 2 tingkat sambil dikerumuni rakan taulan, suami, anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu dan tetamu jemputan. Majlis diakhiri dengan bersalaman beramai-ramai dengan murid SKKSAB sehingga memasuki kenderaan sambil melambai lambaian terakhir kepada semua. Berikut adalah sedikit gambar untuk titipan semua warga Sekolah khususnya dan orang ramai amnya; Update by: webeditor, 1 June 2009, 13:00 Terima Kasih, Sila datang lagi
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |