DOA SEKOLAH
Bismillah Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu. Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufiqMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukalah hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru kami yang kami kasihi.
Ya Allah Ya Rahman Ya rahim, Kami memohon dengan kudratMu dan iradatMu, berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.
Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram, tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan. Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, agama dan bangsa. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah degara kami sebuah negara yang mendapat limpahan dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman. Walhamdulillah. |