skksab.zoom-a.com
SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR
81560 GELANG PATAH, JOHOR
Tel : +607-5130016, Faks : +607-5130014
e-mel : skksab@zoom-a.com, skksab@yahoo.com.my

| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | OBJEKTIF | VISI & MISI | PIAGAM PELANGGAN | LAGU SEKOLAH | DOA SEKOLAH | PEJABAT SEKOLAH | PRA SEKOLAH | PENDIDIKAN KHAS | PIBG | UPSR | ENROLMEN GURU | GURU & STAF | BILIK GURU | ENROLMEN PELAJAR | KEJAYAAN SUKAN | ROMBONGAN 2010 | AKU JANJI 2010 | BERITA TERKINI | ARKIB BERITA12 | ARKIB BERITA 11 | ARKIB BERITA 10 | ARKIB BERITA 9 | ARKIB BERITA 8 | ARKIB BERITA 7 | ARKIB BERITA 6 | ARKIB BERITA 5 | ARKIB BERITA 4 | ARKIB BERITA 3 | ARKIB BERITA 2 | ARKIB BERITA 1 | PAUTAN | BUKU PELAWAT | PETA LOKASI |

SEJARAH SEKOLAH




Sekolah ini terletak  dalam kawasan Kompleks Sultan Abu Bakar di Kampung Bukit Kucing, Mukim Tanjung Kupang. Jaraknya kira-kira 9 kilometer dari pekan Gelang Patah dan lebih kurang 45 minit perjalanan dari bandaraya Johor Bahru.

Sekolah ini telah memulakan operasinya pada 2 Januari 1999 dimana Mesyuarat Guru Kali Pertama telah di adakan dan pada 3 Januari 1999 pendaftaran pelajar telah dilaksanakan. Sesi persekolahan 1999 telah dimulakan pada 4 Januari 1999 dengan seramai 12 orang guru, seorang pembantu tadbir, seorang pekerja rendah awam dan seramai 248 orang murid tahun 1 hingga tahun 6.

Bangunan yang terdapat di sekolah ini terdiri daripada 6 blok iaitu A, B, C1, C1, Ddan E. Pejabat pentadbiran terletak di blok C2 dan bertentangan dengan bilik guru. Terdapat 30 buah bilik darjah, 2 buah makmal komputer, 2 buah makmal sains, 2 buah makmal kemahiran hidup, sebuah bilik agama, sebuah bilik kokurikulum, 3 buah bilik guru, 2 bilik persalinan, sebuah bilik pemulihan, sebuah bilik urusetia peperiksaan dan sebuah bilik mesyuarat.

Memandangkan fungsi PIBG amat penting dalam membantu meningkatkan prestari sekolah, maka pada 9 Mei 1999, Mesyuarat Penubuhan PIBG SKKSAB telah diadakan dan dirasmikan oleh YB Teu Si, Ahli Parlimen Gelang Patah. Di dalam Majlis ini, YB Teu Si telah melancarkan logo sekolah yang telah dicipta oleh Encik Mokhtar bin Ismail dan juga lagu sekolah hasil ciptaan Puan Nazaharan Binti Husin.

Terbinanya sekolah ini adalah kerana terbinanya Kompleks Sultan Abu Bakar atau Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (K.I.K.) untuk kenderaan yang menuju ke Singapura melalui Lebuhraya Link Kedua. Guru Besar pertamanya ialah En. Tajaldin.

Hampir sepuluh tahun berlalu, setelah beberapa kali berganti Guru serta Guru Besar, kemasukan Pn. Hajah Faridah binti Sukiran pada penghujung tahun 2008 amat menggembirakan semua pihak. Seramai kira-kira 350 orang murid dapat ditampung untuk belajar di sekolah ini. Ini termasuk beberapa kelas kosong yang tidak digunakan dapat digunakan oleh Sekolah Agama Kompleks Sultan Abu Bakar sebagai kelas agama petang.


Edited & written by: Web Editor
Writer: Pn. Zanariah Mohd Haron

 


  

SENARAI GURU BESAR

BIL

NAMA

TAHUN

1

TAJALDIN BIN HASHIM

1999 - 2001

2

NORLIA BINTI AJID

2001 - 2002

3

HAJAH ZAHARAH BINTI MAT TOP

2002 - 2006

4

SUNGKONO BIN A. HAMID

2006 - 2008

5

HAJAH FARIDAH BINTI SUKIRAN

2008 - sekarang



Terima Kasih, Sila datang lagi


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: