Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.
Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.
SK Kompleks Sultan Abu Bakar berhasrat menjadikan sekolah ini sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dalam setiap pengurusan dan pencapaian sekolah. Aspek kecemerlangan ini bersesuaian dengan Visi SKKSAB iaitu Sekolah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar menjadi sekolah cemerlang pada tahun 2013.
Kami berharap dapat merealisasikan impian kami dalam beberapa aspek seperti :
- Mengekalkan pencapaian UPSR 2011 iaitu % lulus keseluruhan 100%, cemerlang 5A seramai 10 orang murid dan Gred Purata Sekolah 1.53.
- Meningkatkan prestasi akademik kelas tahun 1 -5 di mana peratus kelulusannya sekurang-kurangnya 90%.
- Meningkatkan kualiti P&P dengan cara kerap mengadakan mesyuarat dan tindakan audit akademik. Disamping itu diujudkan juga pemantauan klinikal, penggunaan ABM dan teknologi ICT serta pemeriksaan buku-buku latihan seperti yang dijadualkan dalam Manual Pengurusan Sekolah 2011.
- Meningkatkan pencapaian kokurikulum dengan mengaktifkan aktiviti kokurikulum dan mensasarkan kejuaraan sekurang-kurangnya 3 acara kokurikulum yang disertai.
- Memperkasakan program HEM dan mengurangkan peratus masalah disiplin murid ketahap minimum.
- Memperkasakan SKKSAB dengan memperluaskan permuafakatan sekolah dengan agensi-agensi seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas, PEWAKAS, MTIB, Masjid Abu Hurairah, KIK dan lain-lain.
- Menjalankan pengurusan kewangan dengan cekap dan elakkan Audit Berteguran.
Saya berharap dapat mengaplikasi Pengurusan Instraksenal, dalam mengurus :
- Pengurusan & Pembangunan Kurikulum.
- Pengurusan & Pembangunan HEM.
- Pengurusan & Pembangunan Kokurikulum.
- Pengurusan & Pembangunan Fizikal, Infrastruktur dan Landskap.
- Pengurusan kewangan.
Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan staf, guru-guru, murid-murid dan AJK PIBG di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih cemerlang. Saya tidak mampu membina kecemerlangan SKKSAB tanpa bantuan mereka.
Akhir kata, Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.
Wassalam.
Edited by: Web Editor