skksab.zoom-a.com
SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR
81560 GELANG PATAH, JOHOR
Tel : +607-5130016, Faks : +607-5130014
e-mel : skksab@zoom-a.com, skksab@yahoo.com.my

| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | OBJEKTIF | VISI & MISI | PIAGAM PELANGGAN | LAGU SEKOLAH | DOA SEKOLAH | PEJABAT SEKOLAH | PRA SEKOLAH | PENDIDIKAN KHAS | PIBG | UPSR | ENROLMEN GURU | GURU & STAF | BILIK GURU | ENROLMEN PELAJAR | KEJAYAAN SUKAN | ROMBONGAN 2010 | AKU JANJI 2010 | BERITA TERKINI | ARKIB BERITA12 | ARKIB BERITA 11 | ARKIB BERITA 10 | ARKIB BERITA 9 | ARKIB BERITA 8 | ARKIB BERITA 7 | ARKIB BERITA 6 | ARKIB BERITA 5 | ARKIB BERITA 4 | ARKIB BERITA 3 | ARKIB BERITA 2 | ARKIB BERITA 1 | PAUTAN | BUKU PELAWAT | PETA LOKASI |

RENTETAN PROJEK TANAMAN HERBA

MTIB & PEMBERITA

Tempat: SKKSAB

Tarikh: 1 Julai 2008

Lembaga Perkayuan & Industri Malaysia (MTIB) dengan kerjasama Syarikat Jasben Plantation beserta dengan sekumpulan pemberita telah berkunjung ke sekolah kami. Kumpulan pemberita terdiri daripada RTM, TV9 , Bernama dan sebagainya. Kehadiran mereka adalah rentetan daripada kedatangan pihak Jasben Plantation & MTIB pada bulan Januari lalu. Kedatangan mereka bertujuan untuk projek tanaman pokok spesis hutan serentak yang didatangkan khas sebanyak 150 anak pokok.

Ianya dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Korporat MTIB. Sehubungan dengan itu, MTIB dan Jasben Plantation telah menganugerahkan sebuah wakaf yang dipebuat daripada kayu spesis keras. Pemberita RTM dari rancangan Selamat Pagi Malaysia, tidak ketinggalan untuk membuat sedikit liputan di sepanjang program tersebut. Juga tidak ketinggalan, pemberita Berita jam 8 mlm, TV9, menemuramah perasmi, Guru Besar SKKSAB serta beberapa murid SKKSAB.

Penanaman anak pokok spesis hutan ini dijalankan secara serentak dengan diketuai oleh Perasmi dan diikuti oleh beberapa pegawai MTIB, AJK PIBG SKKSAB serta murid-murid SKKSAB itu sendiri. Jasben Plantation mengharapkan projek printis ini akan berjaya berdasarkan perancangan awal satu pokok satu murid untuk menjaga pokok tersebut sehingga beberapa bulan an ada yang mengambil masa sehingga beberapa tahun.

Pihak SKKSAB amat berbesar hati dan berterima kasih tidak terhingga di atas kesudian pihak terlibat di dalam menjayakan projek tanaman pokok spesis hutan ini. Berikut dilampirkan beberapa gambar pada hari bersejarah tersebut.

______________________________

PROJEK TANAMAN HERBA

OLEH MTIB & FRIM

SMKKSAB & SKKSAB

PIBG SMKKSAB & PIBG SKKSAB


Pada 17 Januari 2008, pukul 11.00 pagi bertempat di dewan SKKSAB, Lembaga Perkayuan & Industri Malaysia (MTIB) dengan kerjasama Syarikat Jasben Plantation dengan rasminya melancarkan tanaman pokok herba di persekitaran kawasan sekolah. Menurut Pengurusi Syarikat Jasben Plantation, Tuan Haji Mohd. Nor Bin Ibrahim, hanya 4 buah sekolah untuk setiap negeri di Malaysia ini terpilih untuk menjadi sekolah pioneer untuk projek yang julung-julung kali dilaksanakan.


Disertai oleh sebilangan murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar, beberapa guru dan juga Puan Pengetua, Puan Hajah Maimon Bt. Idris, majlis perancaran ini sungguh bermakna. Penglibatan SMKKSAB akan menjanjikan kerjasama yang lebih erat dan efisien.


Ketua Lembaga Industri dan Perkayuan Malaysia, Johor, En. Kamarudin Bin Othman membuka ucapan untuk menerangkan apakah objektif pojek tanaman herba ini. Diikuti dengan penerangan bermakna oleh Tuan Haji Mohd. Nor Bin Ibrahim mengenai penggunaan pokok-pokok herba yang terdapat di sekeliling kita. Ternyata, terdapat banyak ilmu pengetahuan tentang pokok herba yang tumbuh liar di sekeliling kita mempunyai berjuta-juta khasiat terselindung. Siapa sangka, tumbuhan liar bersama rumput di padang adalah penawar mujarab bagi sakit gigi.


Terima kasih kepada semua pihak yang bersusah payah untuk merealisasikan projek ini. Terima kasih juga kepada En. Ahmad Faizani, staf MTIB merangkap AJK PIBG SKKSAB di dalam usaha beliau merealisasikan projek tanaman herba ini sejak tahun 2007 lagi. Juga usaha Guru Besar SKKSAB yang amat cintakan tumbuhan hijau turut menjadikan usaha ini satu kenyataan. Syabas.

Antara gambar-gambar menarik

Murid-murid SKKSAB yang hadir

Antara murid-murid SMKKSAB yang hadir


Penceramah



Written by: Web Editor (17 January 2008)

Terima Kasih, Sila datang lagi


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: